Saturday, January 31, 2009

misi demi misi berjaya!

Sebelum cuti ini bermula saya tetapkan beberapa misi untuk diri saya dan berharap dapat selesaikan semuanya sebelum sekolah bermula.Setakat ini,beberapa misi saya telah selesaikan dengan baik dan bergaya.haha.Sebenarnya,misi ini amatlah penting kerana melibatkan kawan dan ada seorang yang paling rapat dengan saya.Atas beberapa masalah yang melanda bagaikan tsunami sebelum cuti bermula telah banyak menjejaskan hubungan kami.Oleh itu,cuti ini saya manfaatkan sepenuhnya untuk memujuknya dan merapatkan hubungan kami itu.Akhirnya,saya berjaya dan bukan sahaja kawan yang paling rapat dengan itu tetapi turut berjaya merapatkan hubungan dua orang kawan lagi.Tetapi semua dugaan dan masalah yang melanda saya dan kawan paling rapat saya hanya merapatkan lagi hubungan dan tiada yang boleh merosakkannya.Dengan ini saya menyelesaikan tiga misi sekaligus.


Kemudian,saya pun mulakan misi-misi yang remeh iaitu siapkan semua kerja rumah sekolah dan tuisyen serta meluangkan sedikit masa untuk membuat ulangkaji dan pujuk mak saya.Oleh itu,saya pun berusaha keras untuk menyiapkan semua kerja rumah saya telah berzaman tidak disiapkan dan mungkin ada yang menganggap kerja rumah saya sedikit tetapi sebenarnya banyak dan boleh ditentukan dengan melihat gambar di bawah.Setakat ini,saya hanya menyiapkan 3/4 daripadanya dan dijangka semua akan disiapkan menjelang 1 pagi pada 1 februari 2008 dengan jayanya.Harap harapan tidak tinggal harapan sahaja.Selain itu,beberapa misi juga telah dilengkapkan dengan baik.Terdapat juga beberapa misi peribadi yang telah saya berjaya mencapai matlamatnya.Akhirnya,saya ingin mengatakan semoga berjaya pada diri sendiri dan Tahniah atas kejayaan menyelesaikan beberapa misi.hehehe

No comments: