Monday, February 9, 2009

sambutan thaipusam..SPm semakin hampir..:(

Semalam merupakan hari thaipusam dan saya bersama ibu dan kakak ketiga telah pergi ke kuil di batu caves.Ayah saya tidak dapat ikut atas sebab kesihatan dan juga sudah tiga hampir sejak kali terakhir kami pergi ke Batu caves sempena thaipusam.Sebenarnya,rancangan adalah untuk berarak dari kuil di Kuala Lumpur berdekatan dengan jalan petaling ke batu caves pada pukul 3 pagi tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir kerana terdapat masalah pengangkutan dan mak saya enggan ikut.Oleh itu,kami telah bertolak pada pagi itu walaupun thaipusam meriah dan menarik pada waktu malam.Di sana apabila kami sampai,kami terpaksa 'park' hampir tiga kilometer dari kuil dan berjalan kaki ke sana tidak termasuk bayaran rm10 untuk meletak kereta.Di kuil pula,keadaan agak meriah walaupun masih ada pihak yang 'memboikot' kuil tersebut seperti tahun lepas yang menyaksikan bilangan pelawat yang amat sedikit tetapi kali ini pula pelawat agak ramai walaupun bukan seperti selalu.Pelik juga melihat ada pelancong dari Indonesia dan negara barat turut menyertai sambutan tersebut tetapi kami tidak kisah seperti 'aiman tak kisa'.Kemudian,kami terus ke arah tangga untuk naik ke atas tetapi keadaan agak sesak dan terdapat juga menolak-nolak terutama pendatang asing dari India yang bekerja di sini.Tetapi yang pelik tentang mereka suka sangat berpegangan dan bukan mereka sahaja tetapi pendatang asing dari negara lain pun sama.Pelik tapi benar!.Kemudian,kami ke atas dan mengambil kesempatan untuk bersembahyang walaupun amatlah sesak tetapi diurus dengan baik.Selepas itu,kami berjalan-jalan sebentar di atas sebelum turun ke bawah.Sebelum balik kami berkesempatan untuk membeli-belah di gerai-gerai di bawah.Selepas balik rumah,saya pun sambung tidor walaupun sudah pukul 1 tengah hari.Penatlah!Sudah seminggu tidak cukup tidor kerana sibuk dan hari itu memang hari tidor agaknya sebab kerja tidor je.Petang hari sabtu pun sama boleh sempat nak tidor sampai pukul 12.30 pagi tu lepas itu,pukul 2 dah sambung tidor.hehe
Kepada calon-calon spm tahun 2009,jadual peperiksaan spm sudah keluar dan boleh disemak melalui link ini.Gudluck!.http://www.moe.gov.my/lpm/files/spm/JadualWaktuSPM2009Pin1-5Feb2009.pdf

1 comment:

azieramly said...

pelancong datang sebab negara kita unik dengan adat,agama, kepercayaan & budaya..selamt menyambut thaipusam walau dah terlewat